Pages

Nuffnang

Monday, January 31, 2011

TETAMU

Salam..semalam ada tetamu datang ke rumah, Abd.Halim Masnan & isterinya Sara Russly  serta 3 hero yg cute2..Actually, Halim ni kenal semasa universiti tempat dia study dulu menganjurkan program anak angkat..boleh jumpa semula sbb search kat FB dan kebetulan sekarang menetap di Penang. Lama betul terpisah, jumpa semalam ank dah nak masuk 4 org..dah datang waktu lunch..so jamu nasi dan apa yg ada lah ye!.. Harap tetamu berpuas hati dgn hidangan yg x seberapa & terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami...

 
Ayam goreng & tauhu poket~resepi leh rujuk di sini

 sotong goreng kunyit

ulam2 & sambal belacan

Fruit cocktail, menu lain yg x sempat nak snap gambar ialah kari kepala ikan & sup tulang.

Leka main toys..baru senang mak bapak nak sembang2..

Hensem boy tgh layan tv..

Tuan rumah menunjukkan cara2 membelah "nyok" muda..!

 Eh..bila depa nak bagi kat aku niii...

Ziarah rumah mak, x jauh..belakang rumah je..!

Sara..nanti mai kita mkn laksa penang lak tau..:)

Friday, January 28, 2011

MEE HAILAM AFTER 6AM

Hari ni x rasa nak mkn nasi..tapi kena juga masak sesuatu..kang kelaparan pulak org dlm rumah nii..ayam, udang, sayur2 semua dh ada ..just gi beli mee kuning ..maka jadilah menu fav.~Mee Hailam After6am. 


MEE HAILAM AFTER 6AM
Bahan-bahan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan
carrot
lada capcicum-hijau
1/2 btg saleri
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

cara:
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!


Nak sedap lagi..makan dgn cili jeruk..!

JOM MENJALA...

Salam ...alhamdulillah kerna kita masih bisa dipertemukan di arena nie... dipanjangkan sehari lagi umur &  semoga hati dan iman kita ditetapkan kepada NYA nan satu..tgk! apa yg akak masak?..lama juga x buat roti jala..tapi bila dh dapat botol yg diidamkan tu laju je buat..Alhamdulillah dan terima kasih pada adik sorang tu yg susah payah hadiahkan utk akak..katanya hadiah b'day  utk tahun ni..Ehem2 K.Nor & Yani, akak dh dpat hadiah..hehe. Kepada pengirim..budi baik Allah saja yg membalas & jasamu ku kenang selamanya. Ummi kuantan & k.nor, izinkan cnp resepi utk rujukan di masa akan dtg.



ROTI JALA 

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning



Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


 Jemput makan..!

 yg ni khas utk adik yg hadiahkan acuan roti jala tu..

Thursday, January 27, 2011

KERANG REBUS CICAH AIR ASAM

Layan gambar dah ler ye..ni lauk lunch tadi selain sambal cencaru & kacang panjang.



SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG

Salam semua.. menu akak hari ni simple je..ikan cencaru a.k.a ikan jaket masak sambal ..sebelum ni kalau masak ikan cencaru buang semua kulit yg keras tu..tapi kali ni try masak x buang kulit.



SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG
Resepi: SAJI ~Mac 2002

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 labu bwg besar
5 tangkai kacang panjang~ kerat 3cm/ akak guna kcg buncis
garam & gula 
1/2 cawan air asam jawa
minyak utk menumis

blend:
10 tangkai cili kering
3 ulas bwg putih        
5 ulas bwg merah      
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 btg serai

cara:
1) Ikan cencaru dipotong dan dibersihkan tanpa buang kulit. Gaul dgn garam kunyit ~ goreng hingga masak ~angkat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3) Masukkan air asam, garam & gula secukup rasa.
4) Bila mendidih masukkan ikan, kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang panjang dan bwg besar yg dihiris bulat~ kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air panas.

Wednesday, January 26, 2011

SAMBAL GORENG IKAN BILIS & TEMPE

Menu fav org2 kat dalam rumah ni..masak ler byk mana pun..gerenti licin sbb lepas mkn dgn nasi boleh ratah @ mkn dgn roti pun sedap.. buat pun senang je..!



SAMBAL GORENG IKAN BILIS & TEMPE
Resepi:Sofea@after6am

Bahan-bahan ~ agak2 sendiri lah ye!

ikan bilis- rendam sebentar dan toskan
tempe- dipotong sederhana nipis
tauhu- potong 2, goreng dahulu & potong sebesar tempe tadi
kacang tanah-akak goreng tanpa minyak dan buang kulit
kentang - potong wedges
cili mesin secukupnyer
air asam jawa
garam & gula

Cara:
1. Goreng hingga garing satu persatu bahan2 di atas kecuali cili mesin, garam & gula.
2. Jika minyak gorengan tadi elok, boleh guna utk menumis cili..kalau dh hitam ganti minyak 
    baru.
3. Tumis cili hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam & gula. Kacau2kan 
    sebentar dan masukkan semua bahan yg telah digoreng tadi.
4. Kecilkan api dan teruskan menggoreng hingga semua bahan bersalut cili. Siap utk dihidang!

JOM BERKENALAN

Tag oleh k.nor~ secubit garam...sorry ye! lama peram homework ni..kalau kat sekolah mesti dah kena lari keliling padang sbb x siap homework..harap k.nor x mcm tu lah, kalau lari keliling dapur tu biasa lah kan..hehe......ok, x payah cerita pnjg2  jom kenal2 dgn tuan punya blog after 6am..



APAKAH STATUS ANDA
cepatttttttt..anak dh nak balik sekolahhh...!

...jari2 ku sakit semua..sob! sob! 
   Home Manager a.k.a full time housewife ...bila dah status housewife tu faham2 je lah ye..! byk masa dihabiskan dgn kerja2 rumah demi anak2 dan suami tercinta..Ibu kepada 3 orang anak, yg sulung perampuan sedang menunggu result SPM, yg kedua lelaki form 5 & ketiga perempuan 11 tahun. Alhamdulillah, anak2 pun dah semakin dewasa..boleh urus diri sendiri ..senang la sikit kerja mak ! sbb tu dh boleh buat blog..;) 


 Dulu lebih kurang mcm ni le..sekarang dh senang skit..ank2 dh besar!
CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Dilahirkan di Penang, bertemu jodoh pun dgn orang Penang..seorang yg simple, mudah mesra dan suka ketawa..suka memasak walaupun x de la pandai mana, boleh menjahit setakat baju sendiri & anak2, membuat kraftangan spt gubahan perkahwinan, decoupage dll. Disamping itu ada juga menerima tempahan kek & cookies.


CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog biasa2 aje.. blog baru, mula beroperasi hujung tahun 2010..Nama" After 6 am" adalah idea sendiri di mana saat itulah bermulanya tugas seharian seorg surirumah..pada mulanya memang malas nak berblog nii..tapi bila difikirkan anak2 pun dh semakin dewasa, mungkin lepas ni akan berpisah dgn kita..bila nak masak x payah la susah2 call @ sms tanya resepi..buka je blog mak sndiri...sbb kita pun masak apa yg anak2 suka mkn...sekurang2nyer  tinggal sesuatu utk anak2 & kawan2 jika kita sudah tiada lagi di dunia ini..

 "salam mak..mcmana nak masak air?..bla bla pot pet pot pet
ooo mcm tu...hehe "

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Dah jadi trend zaman skrg..sana sini org cakap tntg blog..ada byk juga kebaikkan, di mana dapat mengenali  & bertukar2 pendapat antara satu sama lain...terkadang apa yg kita tahu x semua org tahu, begitulah jg sebaliknya. Bergantung kepada niat masing2..blog kita, kita yg tulis dan jgn memburukkan @ cari pasal dgn org lain.

...aku ade blog! kau ade??
NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG 
Nasihat??  bab ni yg eden lomah niii..kurang pandai lah nak nasihat2 org  sbb eden pun baru je terjurumus dlm dunia blog nii ... tapi kalau nak berblog tu biarlah dgn niat suci dan ikhlas, jgn sombong, selalu la blogwalking sbb dari situ kita dpt belajar cara sifu2 berblog.

...tunjuk ajarku sifuuu...! 
NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA
...Jeng..jeng..jeng..buka je blog ni ada gambar masakan, next page pun gambar masakan..semua gambar masakan..unik ke tu??  biasa2je..x de yg apa yg unik pun...itu pendapat tuan punyer blog..apa pula pendapat anda yg singgah di blog ini ??? harap jgn nyesal follow blog yg hampeh niii....!

x de gambar lain ke m.cik ni..asyik gambar masakan je..ye la! dh blog masakan x kan nak tunjuk gambar enjin kereta pulakk !
SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG..
.....sampai bila ye...? lu fikiaq la sndiriii...hehehe ...InsyaAllah selagi terdaya utk menaip & selagi masih ada internet kat rumah nii.....;)
Impian utk mencari seberapa ramai kawan yg minat memasak dan bertukar2 pendapat mengenai dunia masakan. Semoga ilmu yg Allah berikan dapat kita kongsi bersama ...
  

...fuhhh!..selesai jugak jawab soalan yg cukup susah niii.!! so x nak kongsi kesusahan dgn org lain..dgn itu x nak tag sape2 k..sekian, Wassalam
 

Tuesday, January 25, 2011

ANEKA ROTI

Bestkan bila dapat buat roti sendiri..dgn satu doh je boleh buat berjenis2 roti...dah banyak kali buat roti guna resepi ni..hasilnya mmg lembut walaupun roti dah sejuk. T.kasih kepada penyumbang resepi.





RED BEAN STOLLEN
Sumber: Roshayati Johari

sumber: Diana 

Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati 

 x letak bread improver & bread softener- ganti dgn 2sb water roux.
 

Bahan B
 Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.

Cara membuat Red Bean Stollen
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.







2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.





3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.






4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.







5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.





                                             dari doh yg sama boleh buat pelbagai jenis roti

 

Pesanan dari Diana..Jika was-was utk menggunakan bread softener & bread improver boleh kecualikan, InsyaAllah, roti tetap akan menjadi.

Monday, January 24, 2011

KERABU MANGGA

Tak cukup meratah kerabu mangga semalam, hari ni buat lagiiiii...pelahap betul m.cik niii...bukan ape, buah mangga ada lagi..tu pasal la buat lagi hari ni, my darling & ank2  suka kerabu ni..ishhh sambil menaip pun dh terasa ..sampai  meleleh air liur...;)



KERABU MANGGA
Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan

2 biji mangga muda
1/2 biji betik muda
1/2 batang carrot
cili padi ~ ikut pedas
1 ulas bawang putih
5 sb kacang goreng ~ goreng tanpa minyak & buang kulit
2 sb udang kecing ~ rendam sebentar dlm air panas
1 sb sos ikan
gula secukup rasa

Cara:
1. Sagat mangga, betik dan carrot.
2. Tumbuk cili padi, udang kering dan bawang putih ~ jgn terlalu halus
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangga yg telah disagat tadi.
4. Masukkan sos ikan dan gula secukup rasa. x perlu letak garam sbb sos ikan dh 
     masin, kemudian masukkan kacang goreng, gaul semuanya dan siap utk dihidang!

Meh nak suap...!

GULAI NANGKA DGN TULANG

Menu semalam...x sempat nak update..balik je dari pasar tani terus ke dapur..sbb nak lunch kat rumah baru my SIL..masak sorang sikit dan bawa p sana (potluck)..ni la yg sempat masak dengan bantuan en hubby dan seorang pembantu tanpa gaji (anak akak yg sulung tuu... hehe)  best juga sekali sekala dpt mkn ramai2..




GULAI NANGKA DENGAN TULANG (Tumis Darat style)
Resepi: Sofea@after6am


Bahan-bahan:
Rm 2.00 nangka muda
1 kilo tulang 
1 1/2 peket rempah kari daging
santan secukupnya
garam 


bahan tumis darat:
4 ulas bwg merah - mayang
4 ulas bwg putih - mayang
1 in  halia - hiris nipis
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Bersihkan tulang, masukkan dlm periuk + air + rempah dan rebus hingga daging yg ada kat
     tulang tu empuk..(akak guna pressure cooker- cepat dimasak, cepat dimakan! )
2. Masukkan nangka. Tambah kan air dan rebus hingga nangka lembut.
3. Tuangkan santan dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan angkat.
4. Tumis bawang, halia dan daun kari hingga garing & tuangkan ke dlm gulai tadi.


 ratah pun best niiii.........!
kerabu mangga

Saturday, January 22, 2011

KARI DAGING PELANDUK

Assalamualaikum dan selamat petang...tengah buat pe tu..pasti semua tgh berehat, maklum la baru lepas lunch..menu akak sekeluarga hari  ni agak special sikit, "sikit je x byk"...special kat kari tu je sbb daging pelanduk mmg susah nak dapat...tu pun order dgn mmber en hubby yg suka memburu...fikir punya fikir nak masa apa ye dgn sang pelanduk niii ? senang cerita masak kari lah...digandingkan dgn nasi serai dan kerabu taugeh..!



KARI DAGING PELANDUK

Bahan-bahan:
1 ekor pelanduk @ ayam @  daging lain pun boleh juga, jgn lak menangis kalau x de pelanduk.
2 1/2 peket kecil rempah kari daging- bancuh dgn sedikit air
4 sb kerisik- kalau rajin buat sndiri- lagi sedap!
1 biji tomato- potong 6
4 biji kentang-potong 2 @ 4
1/2 btg carrot
santan secukupnya
garam 

Bahan blend:
1 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
1 in halia

bahan tumis:
4 ulas bwg merah-mayang
4 ulas bwg putih- mayang
1 in halia-hiris nipis
2 tangkai daun kari
sedikit kayu manis & bunga lawang.
2 tangkai daun kari
minyak

cara:
1. Potong dan bersihkan daging pelanduk dengan garam dan limau nipis. Biarkan 20 minit
     sebelum dibilas.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumis hingga harum dan masukkan bahan yg diblend.
     kacau2 sebentar dan masukkan rempah kari. Masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak  sehingga daging lembut.
4. Masukkan santan, kentang & carrot dan masak hingga kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa.

 Ni la rupa pelanduk ..x tunjuk nanti kata tipu pulak..;)

 Nasi serai..resepi boleh rujuk di sini

 kerabu taugeh

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan:

Taugeh Rm1.00- buang ekor
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kunyit,daun pegaga,bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk
5 sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula
 

Cara:
1.Taugeh basuh bersih dan celur sebentar..jgn sampai lembik. angkat dan toskan .
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +air asam jawa+garam

    & gula secukup rasa 
3. kemudian masukkan kerang atau udang, taugeh dan daun2 ulam yg telah dihiris halus.
4. Gaul semua dan siap utk dihidang.

Friday, January 21, 2011

RENDANG AYAM DAUN KARI & SALERI

Salam semua...Alhamdulillah dah selasai masak.. x makan pun lagi..hari ni masak biasa2 je..nasi putih, ikan keli goreng cicah sambal kicap dan rendang ayam daun kari & saleri...akak mmg suka saleri ni..setengah org sebut batang sup...masukkan dalam apa2 masakan pun sedap,biasanya akak akan masukkan dlm sup, tom yam, ikan @ ayam masak kicap, mee kuah & sayur campur.Rangup je rasa bila makan so jgn masuk terlalu awal nanti saleri tu lembik kurang sedap !




RENDANG AYAM DAUN KARI & SALERI
Resepi: Sofea@after6am


·  Bahan-bahan:-
·  (A)
·   1/2 ekor ayam
·   garam 
·   serbuk kunyit


(B)
4 sb cili kering kisar
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
2 btg serai
sedikit lengkuas & halia
setangkai daun kari
1 batang saleri 
2 sb sos tomato
1/4 caw fresh milk
garam & gula 

cara:
  1. Bersihkan ayam, lumur dgn garam dan kunyit. Goreng jgn terlalu garing,angkat dan ketepikan.
  2. Bwg besar, bwg putih, serai, lengkuas dan halia di kisar halus.
  3. Panaskan minyak tumis daun kari & bahan kisar tadi hingga wangi. Masukkan cili kering & masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan susu, ayam, sos tomato dan garam gula secukup rasa. Tambahkan air jika perlu.
  5. Masak hingga kuah agak pekat sedikit dan masukkan batang saleri yg dipotong serong. 
  6. Sesuai utk hidangan mkn tghari @ mlm.